
Isi Kandungan
Kesimpulan JomSharing:
- Terbaik untuk kebanyakan orang: Xiaomi Smart Band 9 Pro (RM269)
- Pilihan bajet terbaik: Xiaomi Smart Band 9 Active (dari RM95)
Perbandingan Ringkas Spesifikasi
| Ciri | Band 9 Active | Band 9 Pro |
|---|---|---|
| Harga (Malaysia) | Dari RM95 | Dari RM269 |
| Skrin | 1.47″ TFT LCD | 1.74″ AMOLED |
| Resolusi | 172×320px | 336×480px |
| GPS | ✗ melalui telefon | ✓ GPS terbina dalam |
| Hayat bateri | Sehingga 18 hari | Sehingga 21 hari |
| Rintangan air | 5ATM | 5ATM |
| Kadar jantung | ✓ | ✓ (lebih baik) |
| Oksigen darah (SpO₂) | ✓ | ✓ (lebih baik) |
| Pemantauan tidur | ✓ | ✓ (lebih baik) |
| Motor getar | Biasa | Linear motor (lebih tepat) |
| Mod sukan | 50+ | 150+ |
Perbezaan Yang Paling Ketara
1. Skrin Pro lebih besar dan lebih jelas
Band 9 Active ada skrin 1.47 inci. Pro ada 1.74 inci. Bunyi kecil tapi nampak jelas bila pegang dua-dua sebelah-menyebelah. Lebih penting, resolusi Pro lebih tinggi — teks lebih tajam, muka jam lebih cantik, dan baca data senang sepintas lalu.
Pro juga ada kaca 2.5D yang sama seperti telefon pintar kelas pertengahan, kurangkan risiko calar dan rasa sentuhan lebih premium.
2. GPS terbina dalam — perbezaan praktikal paling besar
Ini fungsi yang paling penting dan sebab utama nak belanja lebih untuk Pro.
Band 9 Active tiada GPS terbina dalam. Untuk larian atau berbasikal luar, ia sambung ke GPS telefon anda melalui Bluetooth. Bermakna: telefon mesti ada bersama masa bersenam. Takde telefon = tiada jejak laluan.
Band 9 Pro ada GPS terbina dalam. Lari tanpa telefon. Berbasikal tanpa telefon. Jejak laluan & kadar larian — itulah yang ahli sukan perlukan.
Kalau anda selalu berlari, berjoging, berbasikal, mendaki, atau bersukan di luar: GPS upgrade tu sendiri dah berbaloi beza RM174.
Kalau anda lebih banyak buat senaman di sekeliling pejabat atau rumah, pusat gym, dan pakai hanya untuk memantau kesihatan am: GPS melalui telefon sudah cukup.
3. Motor getar Pro terasa berbeza setiap hari
Band 9 Active guna motor getar biasa — bolehlah untuk penggunaan biasa.
Pro guna linear motor, yang hasilkan getaran lebih tajam dan lebih tepat. Rasanya jauh lebih dekat dengan jam tangan pintar sebenar. Anda rasa perbezaan ni setiap hari bila notifikasi masuk. Bila dah rasa Pro, susah nak balik ke band biasa.
Ujian Sebenar: Dua Minggu Pakai

Kami pakai Xiaomi Smart Band 9 Pro selama dua minggu di Kuala Lumpur, merangkumi kerja pejabat, larian pagi, percutian hujung minggu ke Pulau Pinang, dan perjalanan harian.
Jejak tidur: Berguna betul-betul. Ia kenal pasti fasa tidur nyenyak vs REM vs tidur ringan setiap malam tanpa perlu apa-apa konfigurasi. Skor tidur pagi dengan maklum balas spesifik (“tidur nyenyak anda semalam lebih pendek dari purata”) adalah jenis data yang betul-betul ubah tabiat anda.
Kadar jantung semasa bersenam: Tepat dalam 3–5 BPM berbanding monitor tali dada dalam beberapa sesi larian. Cukup untuk pengurusan kadar dan latihan zon.
GPS terbina dalam (Pro): Ketahui GPS dalam masa 45 saat (di luar). Jejak laluan larian 5km dengan ketepatan tinggi — laluan yang direkod hampir tepat sama dengan paparan satelit Google Maps.
Notifikasi: WhatsApp, Instagram, e-mel, dan amaran panggilan masuk berfungsi andal. Pratonton teks di band boleh dibaca — anda boleh memutuskan sama ada nak keluarkan telefon atau tidak.
Bateri: Bermula dengan 100% hari Isnin. Pada Ahad berikutnya (7 hari) dengan pemantauan kadar jantung sentiasa aktif dan penjejakan GPS 4 kali seminggu, bateri pada 61%. Penggunaan dua minggu selesa adalah realistik.
Satu gangguan yang saya hadapi semasa kali pertama kali guna: Tiada butang fizikal. Semua kawalan sentuh. Navigasi balik ke halaman untama jam memerlukan leret dari tepi berulang kali — ambil beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan ini. Bukan kelemahan tapi patutlah tahu ini.
Siapa Patut Beli Yang Mana Satu?
Beli Xiaomi Smart Band 9 Active (RM95) jika:
- Keperluan utama adalah kiraan langkah, jejak tidur, dan amaran notifikasi
- Telefon sentiasa ada bersama semasa bersenam
- Bajet adalah pertimbangan utama
- Mahu penjejak kesihatan harian yang boleh dipercayai dan senang digunakan

Beli Xiaomi Smart Band 9 Pro (RM269) jika:
- Anda berlari, berbasikal, mendaki, atau bersukan luar secara kerap (GPS terbina dalam ialah faktor utama)
- Mahu rasa yang lebih premium dan gaya di pergelangan tangan
- Bersenam tanpa telefon
- Mahu skrin lebih tajam dan maklum balas getaran lebih baik

Harga & Tempat Beli di Malaysia
Harga dibawah adalah setakat tarikh artikel ini. Semak link untuk harga terkini.
Xiaomi Smart Band 9 Active
From RM 95
RM 129
Pendedahan afiliasi: Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mendapat komisen kecil jika anda beli melalui pautan kami, tanpa kos tambahan kepada anda.
Soalan Lazim
Adakah Xiaomi Smart Band 9 Pro boleh pakai dengan iPhones? Ya. Kedua-dua bands sambubangkan melalui Bluetooth ke Android dan iOS. Mi Fitness app boleh didapatkan di Google Play dan App Store. Fungsi penuh berfungsi pada iPhone kecuali untuk beberapa ciri Xiaomi khusus untik Android.
Bolehkah Xiaomi Smart Band 9 menjawab panggilan? Tidak. Kedua-dua versi ini tidak mempunyai pembesar suara atau mikrofon. Anda akan menerima notifikasi di band apabila panggilan masuk, tetapi anda mesti menjawabnya menggunakan telefon anda.
Adakah 5ATM kalis air cukup untuk berenang? Ya — 5ATM bermaksud ia boleh menahan tekanan air sehingga 50 meter. Kedua-dua band ini sesuai untuk berenang, mandi dan sukan air.
